Legoland Sangat Awesome. Auummmm!


Assalamualaikum. 30 minutes, please be nice to me. Saya nak update blog. Sabtu lepas, Mira satu family balik JB. Abah being so nice to us. Nak bawak pergi Legoland, katanya.... Dia punya excited, tak payah cakap lah kan.. So, kami pun packing-packing. Oh lupa nak cakap. Kitaorang gerak malam dan sempat singgah Nasi Ayam Ali dekat Rengit. Macam kewajipan lah kalau balik JB lalu jalan kampung. Selalunya mesti akan singgah makan nasi ayam dulu. 

Pagi yang gelap kini sudah terang dan saya pun bangun pada pagi Ahad tu dengan hati yang melonjak kegembiraan nak jejak Legoland. *senyum itik*

Sebelum tu, nak cerita. tempat parking nak masuk Legoland dengan tempat main tu gila punya jauh jugak lah. Ada dalam 5 minit jugak kalau awak lari macam Usain Bolt nak sampai kaunter pendaftaran tu. Disebabkan pagi tu, mama tak buat bekpes, jadi sampai-sampai Legoland je lepas kitaorang daftar , kitaorang terus terjah KFC dalam Legoland tu.. dan, saya kini mempunyai ini

ini Annual Pass. Jadi, Setahun saya nak masuk 1000 kali boleh? hihik

Memang enjoy gila habis. Gua naik roller coaster 2 kali okay. Rasa macam nak terjatuh je jantung gua atas benda tu. Menjerit macam orang kena sawan. Habis semua pinggan kaca kat sana terjatuh sebab dengan jeritan gua *yang ni tipu, jangan percaya. Oh lupa, gua siap tutup mata ok, Hahaha




Nak ambil gambar pun sangat susah sebenarnya sebab orang ramai. Cuaca pun, tak payah cakaplah. panas dia boleh jemur t-shirt. Dalam 20 minit kering lah... kot ;') Diingatkan, kalau anda takboleh bersabar punya orang, jangan pergi benda ni sebab nak naik satu permainan tu, adalah dalam 30 minit nak tunggu kalau orang ramai. lalalala. Paling Mira suka, lego lego dia!


peta ni tak lepas dari tangan Mira masa kat sana.



Great Wall,China

Angkor Wat, Cambodia
Sangat enjoy haritu walaupun ada hujan lebat sekejap. But, its okay. datang dari Melaka, takkan hujan terus nak balik kan? Jadi, apa lagi.. saya pun teruskan bermain. Korang patut pergi sebab sangat sangat best. Lupa nak cakap 2013 nanti akan ada theme park pulak dekat sana dan diikuti dengan hotel pada 2014 :D

Harga-harga kedai dalam Legoland ni boleh tahan... mahal sebab fokus dia dekat dengan Singapore kan. Twisties yang tiga posen kat sini, kat sana singgit. Ape macam? hohoho! Korang patut pergi and try semuanya dekat sana. Take the experience. Okaylah. 30 min dah lepas dan Mira nak sambung blogwalking, Bye, Assalamualaikum!

blogger yang ada tag Mira dekat entry segmen or giveaway, tinggalkan lah link entry korang dekat cbox Mira sebab Mira ada pargi satu blog. And terbaca entry dia yang ada tag Mira untuk join giveaway. And pelik, kenapa Mira tak tau. Mira pergi blog dia sebab nak bw je. Mean dia tak jujur. Kan syarat giveaway "tag some people and make sure diaorang tahu yang diaorang di-tag" Harap korang faham. Terima Kasih :)

Teringin nak pergi sini. Taj Mahal :3




CHANGED


Assalamualaikum bloggers-bloggers sekalian. Perubahan blogger.com yang begitu awesome. Steady okay ._.
Hari pertama tengok dashboard selepas dah transform: hm.. okaylah..
Hari kedua: Pergh, bapak. Mana butang New post ni? Mana button Edit HTML ni ??????
Hari ketiga: Update lah jugak!

Merata mencari tutorial untuk kembalikan dashboard yang lama. Nak marah pun takboleh. Facebook pun ada perubahan. Twitter pun ada perubahan. Blogger.com pun mestilah kena ada kan?
Mira kena ambil banyak masa nak godek dashboard ni balik. Sangatlah memeningkan. Terima kasih atas perubahan ini. 

Makin ramai blogger yang akan mendirikan rumah tangga pada usia muda, Alhamdulillah :')


THERE YOU COME, SYAWAL


ENTRY NI SARAT DENGAN GAMBAR :) 


Assalamualaikum semua. Kali ni, entry pasal Syawal pulak. Bukan Syawal Naim budak twitter. Syawal lepas Ramadhan lah. Hehehe.
 Mira dah janji nak update kan? so, i will :) Raya pertama ,kami berada ni Pulai,Melaka.Kampung belah abah :) Sebetulnya sangat bosan sebab tak ramai yang balik tahun ni :( 
Biar gambar menceritakan segalanya. Ececeh ;)

idea ambil gambar pakai tasbih. Comel what..


She is my everything. Sayang mama. #sweet tak ?

Ya Allah, i have done many sins. Please forgive me. Lengthen my life. Im nothing without you. 



Muka bosan. Saya selitkan secebis senyuman di situ :)

tak boleh besar-besar >.<


Sampai pun JB :)

Duduk kampung, pakai baju kurung okay? Gua comel. Gua tau ;P

Lepas tu kat JB memang asyik beraya je.
Petang semalam kitaorang pergi Secret Recipe and Baskin Robbins, membuncitkan perut. And malam tu, celebrate birthday makcik. Adess, gambar kat handset abah :(
 Banyak rumah yang kitaorang jejak. And i met this twins ;)

Medina and Melisa :)




Mel :)

Medina korek hidung!! Hilang ayu!!

Comel gila ah kan diaorang? Rasa macam nak bawak balik Melaka je? errr. Boleh ke? Sayang korang! Kak Mira nak bawak balik Melaka punn tak berani. Anak orang comel sangat. Lagi-lagi Medina. Asyik
korek hidung je. hahaha

Selamat Hari Raya daripada Mira and family. Maaf Zahir dan Batin. Manalah tau korang ada terasa dengan entry-entry Mira sebelum ni kan? Terima kasih sebab still support Mira blogging. Hidup Blogger!! *bukan berkempen okay.
Okay, selamat hari raya again ! Assalamualaikum

Alhamdulillah. Mira menang ;')


Disebabkan dah lama tak update, kali ni mira nak buat 2 entry :) Sebelum tu.. KLIK SINI dulu
Kalau diikutkan, kali ni tak silap mira kali ke 5 Mira menang giveaway. Alhamdulillah. Tak dapat cash out pun tak apela. haha. Mananya. Malas nak promote kan ? hikhik
Sangat-sangat happy sebab dapat first place pula tu. Fuhh, gile punya tak sangka. Terima Kasih random.org dan terima kasih Kiki, and Amanina for the awesome hadiah from awesome sponsor :')



Seperti yang korang perasan, mira sudah pun bertukar kepada domain dot com.
 Thanks kepada http://amercorner.com kerana sudi menaja domain tu :) Kalau tak ada yang sponsor, memang lambat lagi lah mira nak merasa pakai domain. Kalau tak pakai pun tak apa. Sebab masih jauh lagi perjalanan mira dalam dunia blogging ni. Rasa macam belum layak *ni ayat minta kaki ke tangan *
So, mira telah memilih untuk pakai add : http://miramashimaaru.com
Ikutkan sebenarnya nak kekalkan add lama tu.. Tapi, tak apalah kot kalau tukar kan? Mira selaraskan dengan link fbee, twitter mira. So, senanglah kalau korang nak cari kan ?
Btw, thanks jugak kepada kak @EyjaMasliza sebab sudi layan call saya maghrib-maghrib hanya sebab saya nak tanya pendapat dia pasal add ape yang saya nak pakai. haha. Thanks akak :*
InsyaAllah entry selepas ni, mira kan review online shop yang telah sponsor hadiah giveaway yang mira dapat tu :) Especially bag from Bag Aholic. Sangat awesome okay. Nantikan entry tu !
Terima Kasih Allah atas rezeki tu. Nak tahu tak, family mira dah mula support minat blogging Mira sejak bag from Bag Aholic sampai. haha. Sampai abah pun suruh mira buat blog untuk dia. Oh, lupa nak cakap.. sekarang abah tengah buat business HERBALIFE. Product kesihatan :) Kalau nak tahu lebih lanjut, sila tanya Pakcik Google :-)
 Kalau ada yang berminat, boleh PM mira kat fbee, twitter ataupun yang paling mudah dekat komen ni je.Walau bagaimanapun.. memang rasa bersyukur sangat :')
Kepada, pemenang giveaway: Klik Sini
Sampai di sini sahaja Mira nak taip. Masih banyak urusan yang perlu dibuat. KLIK SINI
Waalaikumussalam :)



SUARA CINTA KITA BY ERISYA RIFTHA



JOIN GIVEAWAY IRA&MIMI
Datang angin apa tiba-tiba nak buat entry review novel. Marilah sama-sama kita membaca novel cinta dan menjiwang bersama-sama. k.. XD Novel yang nak mira review ni dah keluar lama. Tapi saya kan memang ketinggalan zaman. Baru haritu pergi beli.. Marilah kita membeli bersama-sama. HAHA. jom tengok novel apa yang mira cakap ni ..



saya kalau nak beli novel, tak buat survei ke ape .. memang tak lah kalau nak godek google cari novel yang popular time tu. Apa yang membuatkan mira pilih novel ni ;

-firstly, cover buku dia sangat nice. Suka sangat-sangat. 
-jalan cerita dia macam okay pada mulanya masa mira baca sinopsis and boleh kata mira tak rasa menyesal lah pilih novel tu =)
-cerita dia mira rasa tak meleret walaupun ada sama sikit-sikit macam novel yang selama ni mira beli.. bapak hutang ah long jual anak semua ni =D, tapi kelainan novel ni still ada. Nak tahu apa? pergi lah beli 




Persengketaan yang terjadi sejak di bangku sekolah membuatkan Nur Iman Raizana melihat Arill Hasiff sebagai musuh utamanya. Ditakdirkan setelah bekerjaya mereka dipertemukan lagi di tempat kerja yang sama. Di sebalik persengketaan yang tercetus, hati Arill Hasiff sebenarnya mencintai Nur Iman Raizana dan cintanya disambut gadis itu. Namun, akibat hutang ayah tirinya, dalam rela dan paksa Nur Iman Raizana harus mengahwini Murad, lelaki yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Dugaan demi dugaan dihadapi Nur Iman Raizana hingga kematian ibunya, Puan Raihana membuatkan dia hilang arah dan menderita. Mampukah kasih Arill Hasiff memulihkan Nur Iman Raizana untuk kembali di sisinya seperti dulu?
source= Buku Prima



kepada yang 100% tak minat baca novel lovey-dovey macam ni.. apa kata korang try baca dulu. Agak-agak jiwa korang memang tak kena dengan novel-novel macam ni. Pergi baca buku Ain Maisarah. =P
btw, mira minat juga baca novel berunsur Islamic. Kenal Hlovate ? Okay pergi google. Novel dia semua awesome. Tak regret langsung pergi beli haritu. 

kenali penulis Erisya Riftha

blog

Maaf kalau terkasar bahasa. Lets tweet ! @miramashimaaru

APA NAK BUAT SEBELUM TIDUR ?


Come and save my heart ♥

Hai blogger ^^ .terasa lama mira tinggalkan blog ni. sorry for the long un-upated. macam-macam masalah, jadi.. tension sikit. sebelum mira nak minta tolong korang sedekah kan Al Fatihah kepada arwah nenek mira yang baru je pergi meninggalkan family mira pada 19/3/2012 haritu .. nanti ada masa mira cerita ya :>

okay. ni nak tanya .. korang suka tidur ??

dan apa benda yang korang selalu buat sebelum tidur ?
meh mira listkan sikit apa yang mira selalu tengok orang lain buat sebelum tidur.

  • dengar lagu/pm3 player, etc
  • yang ada boipren gepren tu apa lagi.. bergayut sakan dekat handphone lah ;> lagi-lagi masa dapat freecall. ambhuii
  • minum susu. nak jadi pandai kan ??
  • basuh kaki .. takut mimpi jumpa draculla kan ?? 
  • baca ayat Kursi.. Alhamdulillah
  • check status facebook/twitter bagai. femes kan ?
  • skype dengan mata air 
  • baca doa .the best !
  • dreaming .. harap-harap mimpi kahwin dengan Remy Ishak. woii! marah Tiz Zaqyah -.-
  • isteri yang sumpah mithali .. akan cium tangan suami sebelum tidur and minta maaf kalau ada salah silap sepanjang satu hari.. I wanna be like that =')
  • kencing dulu !! yelakan .. malam semalam minum air fresh orange banyak sangat. karang terkencing pula! 
  • gosok gigi. mesti gigi awak comel-comel je kan ??
  • layan movie. titinic terbaik wokk! nanti ada titinic 3D ,tengok tau!
  • cuci muka guna Nivea/Biore/Garnier ETC .. nanti mesti clean macam muka Diana Danielle kan ?

apa lagi ek ?hum.. tu je mira selalu tengok .. apa pula yang mira akan buat sebelum tidur ?
jom baca lagi 


  • berus gigi guna Darlie
  • cuci muka guna Nivea .. takut jerawat!
  • dreaming.. semoga hari esok akan menjadi lagi baik dari hari ini.
  • baca doa tidur.
  • baca ayat Kursi. ni wajib 

korang pula ?jom lah share dengan mira !
take care. Assalamualaikum #PahalaFreeNi

PETANDA YANG DOA KORANG DIMAKBULKAN



fuhh2 .dah berhabuk dah blog ni .hehe
lame kan tak update ?
okay hari mira nak kongsi dengan korang sesuatu.
mira dapat idea nka tulis entry ni selepas membaca buku ni :-



buku ni dah lame ade dalam bilik .
abah yang beli .tapi tulah ,jarang sentuh kan ?
tiba-tiba tergerak hati nak baca kandungan dalam buku tu ..
so terbaca bab 'TANDA-TANDA DOA DIMAKBULKAN'
excited nak share dengan korang :)
okay jom same2 baca .

  • terasa sesuatu yang menakutkan
  • menangis tatkala berdoa(bukan dibuat-buat)
  • terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa



okay tu yang ada dalam buku ni lah .
semestinya korang nak tahu kan ?
Allah selalu memakbulkan doa prang yang dalam keadaan macam mna ?

  • orang yang terdesak.
  • orang yang kena zalim.
  • anak yang berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya.
  • doa seorang muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim
alang-alang dah baca bab ni ,
mira teruskan kepada tajuk sebab-sebab doa tidak dimakbulkan ya ?

  • ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah
  • kerana Allah tahu seandainya permohonan ini dimakbulkan,boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon
  • mungkin syarat2 doa tidak lengkap seperti tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikan,hati yang tidak hadir,makanan dan pakaian dari sumber-sumber yang tidak halal atau syubhah
so, macam mana ? korang pernah alami benda macam tu ?
fikir-fikirkan ya ?

takziah kepada keluarga Allahyarham Izwan Pilus atas pemergiannya semalam .
mira tahu daripada twitter. di awal usia lagi dah pergi,
tu lah yang dinamakan ajal .
bila ia datang menjemput ,
dalam ape jua keadaan sekalipun kita akan pergi meninggalkan dunia.
Al Fatihah.

assalamualaikum . 
 
Terima Kasih Allah | Template Edited by Mira Mashimaaru