Hukum Membunuh Cicak?

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas dalam kelas agama, ada belajar pasal hukum bunuh cicah. Sebenarnya, masa tu ustazah masuk topik ikhsan terhadap bintang. Bercakap bercakap, saya pun baru tahu pasal ada hukum bila kita membunuh cicak ni. Rasanya ada hadis dia dalam buku teks agama. Baru ingat nak share ^^ Tapi, tertinggal pula bawah meja *sebenarnya bukan tertinggal tapi meninggalkan :p Jadi, saya dar situ, dapatlah idea nak buat entry ni. Alhamdulillah :-) Wakakaka 


Hukum membunuh cicak adalah Sunat seperti mana dalam hadis. Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan ditulis baginya 100 kebaikan, dan membunuhnya dengan dua kali pukulan ditulis baginya kebaikan kurang dari yang pertama, dan membunuhnya dengan tiga kali pukulan, kebaikannya kurang dari yang kedua.” Riwayat Muslim.

Terfikir kalau diri sendiri yang bunuh cicak tu. Sebenarnya, aku takut juga dengan cicak. Tak berani ahh. Lagi-lagi kalau ada cicak dalam bilik air masa aku dekat dalam bilik air. Biar lah orang nak kata "kau dengan cicak tu mana besar mana kecik ke apa. Hehehehe. Bukan dekat semua bintang kita kena tunjuk ikhsan kita.

p/s: Ingatkan nak letak gambar cicak dekat entry ni, tapi rasa geli gemalan pula! ahaha

Reality


Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim.

Sejujurnya, mood untuk menaip dah semakin kelam. Cuba juga blogwalking ke blog-blog lain. Baca entry mereka yang boleh kita letakkan levelnya sendiri. Kualiti ke tak kualiti entry mereka. Superb dia awak tak payah nak tanya. Tapi bila buka balik blog sendiri, that feeling comes macam "apesal kosong sangat blog aku ni."  See? Feeling nak baca blog sendiri pun tak ada. Berlambak dengan segala macam entry segmen giveaway bloglist bagai je. Baru-baru ni buka blog Suratan Kebetolan, saje lah godeh-godeh archive blog beliau. Lepas tu pula, terbaca satu entry beliau dan rasa macam "Haah, betul lah dia cakap" hmmm sadisnya rasa.

Rasanya saya belum ready nak go serious dalam blogging ni. Rasa macam entry ni makan dalam pun ada. Bila saya rasa saya nak update blog, dan masa tu alhamdulillah idea datang mencurah-curah, saya akan update. Jujur, saya selalu terfikir pasal readers yang buka blog saya dengan harapan diaorang dapat baca satu entry yang fresh tapi malangnya, diaorang cuma dapat tengok banyak banner segmen giveaway bloglist bertepek dengan hampir separuh entry blog saya. Bagi saya, dalam erti kata lain, sama macam blog yang tak ber-updated. 

Okay, kalau macam ni , nak buat azam baru ah. Bismillahirrahmanirrahim.... Azam tahun tak berapa nak baru saya tahun ni, nak jadi blogger yang lebih kental dan famous dan hebat dan boleh menghasilkan satu entry yangberkualiti dan mendatangkan benefits kepada pembaca entry itu. Boleh? In Shaa Allah :-) 
Masa saya menaip ni, jam laptop menunjukkan jam 1:42 AM. Jadi, selamat pagi semua. Untuk hari ini, saya 'minta maaf' dan saya memaafkan :-) Sebelum nak tekan button close tu, boleh tolong saya klik sini dan sini? Terima kasih :) 

Instagram: miramashimaaru
Twitter: @miramashimaaru
Assalamualaikum w.b.t

 
Terima Kasih Allah | Template Edited by Mira Mashimaaru