Ex- Change

 
Sedia maklum blog Mira sedang under construction. Ada section dalam blog yang hilang selepas Mira tak lagi guna domain .com. Termasuklah bahagian banner exchange. Jadi, sesiapa yang sebelum ni ada buat banner exchange dengan Mira. Minta inform semula ya selepas ni. Banner yang Mira pernah exchange dengan orang dulu tu pun atas link blog yang lama.Sesiapa yang nak exchange boleh comment dekat bawah ni ya. Pastikan link blog dan link banner semua betul bagi memudahkan kita untuk tambah-tambah banner nanti ya. Terima Kasih :)


Sila copy code banner dan letak di blog anda..

Bila Waktu Yang Betul Nak Minum Air?

 
 
 
Assalamualaikum readers, rakan blogger sekalian. Harini saya nak cerita pasal air. Bukan air milo ais yang manis gila tu*gula naik harga, jangan lupa. Bukan air nescafe yang banyak kafein tu. Tapi Mira nak cakap pasal air putih atau dalam bahasa mak maknya, air masak.  He he he

Umum sedia maklum ya, setiap 25kg berat badan kita, badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 1litre air. Sekurang-kurangnya. Ataupun sekurang kurangnya dalam 8 gelas sehari.
Mira mula kisah pasal pengambilan air ni sejak 2,3 bulan lepas bila dapat tahu pengambilan air putih secara konsisten ni mampu membakar kalori  juga.

Bila mula sedar dalam satu hari tu Mira kurang minum air, Mira akan pergi penuhkan botol air Mira ynag 1.5L tu, pastu teguk sekali harung. Ingatkan betul cara pengambilan. Rupanya salah. Hahahaha
Kalau cara ambil air tu salah, kita berpotensi untuk tak dapat kebaikan 100% dari minuman yang kita minum ya. Nak minum air ni ada masa dia. Bukan minum banyak-banyak pada satu masa. Jangan bila dah haus baru nak cari air. Kalau tak haus pun minum je. Tak salah.
Tips dia kalau nak jaga betul-betul cara pengambilan air putih ni, mula-mula sekali  kena air botol air. Memang tak ada botol air pun tak apa. Tapi susah nanti nak ingat berapa gelas air kita dah minum. Beli je botol air Herbalife yang besar tu. Botol Tupperware, Elianware dan seangkatan dengannya. Dah tentu kita tau berapa banyak air putih yang kita dah ambil satu hari. Tapi make sure kena habiskanlah air tu. Latih diri kita untuk minum secara konsisten. Kalau demam atau cuaca panas, minum banyak air putih. Itu paling bagus ! :P

Waktu-waktu untuk minum air yang tepat (kalau nak dapat kebaikan penuh dari minuman ya)

  • Pagi selepas bangun tidur. Tak gosok gigi pun tak apa. Ini untuk aktifkan internal organ badan kita untuk memulakan hari yang baru. Ada orang, kalau dia minum segelas air tu je lepas bangun tidur, memudahkan dia untuk berry *bahasa sopan buang air besaq. Berry pada pagi hari sangat bagus ya.
  • 30 min sebelum waktu makan. Ini bagi melancarkan pencernaan makanan ya.
  • Sebelum mandi.
  • Sebelum tidur. Ini untuk mencegah stroke atau serangan jantung.
Ingat. Minum AIR PUTIH. Sampai diri dah rasa air putihlah air yang paling sedap sedunia. Sampailah diri dah rasa yang air ptih tu macam rasa ice lemon tea, fresh orange, capucino, mocha dan seangkatan dengannya.

Ingat, apa apa pun pilihlah air putih...............


 
Terima Kasih Allah | Template Edited by Mira Mashimaaru