Legoland Sangat Awesome. Auummmm!


Assalamualaikum. 30 minutes, please be nice to me. Saya nak update blog. Sabtu lepas, Mira satu family balik JB. Abah being so nice to us. Nak bawak pergi Legoland, katanya.... Dia punya excited, tak payah cakap lah kan.. So, kami pun packing-packing. Oh lupa nak cakap. Kitaorang gerak malam dan sempat singgah Nasi Ayam Ali dekat Rengit. Macam kewajipan lah kalau balik JB lalu jalan kampung. Selalunya mesti akan singgah makan nasi ayam dulu. 

Pagi yang gelap kini sudah terang dan saya pun bangun pada pagi Ahad tu dengan hati yang melonjak kegembiraan nak jejak Legoland. *senyum itik*

Sebelum tu, nak cerita. tempat parking nak masuk Legoland dengan tempat main tu gila punya jauh jugak lah. Ada dalam 5 minit jugak kalau awak lari macam Usain Bolt nak sampai kaunter pendaftaran tu. Disebabkan pagi tu, mama tak buat bekpes, jadi sampai-sampai Legoland je lepas kitaorang daftar , kitaorang terus terjah KFC dalam Legoland tu.. dan, saya kini mempunyai ini

ini Annual Pass. Jadi, Setahun saya nak masuk 1000 kali boleh? hihik

Memang enjoy gila habis. Gua naik roller coaster 2 kali okay. Rasa macam nak terjatuh je jantung gua atas benda tu. Menjerit macam orang kena sawan. Habis semua pinggan kaca kat sana terjatuh sebab dengan jeritan gua *yang ni tipu, jangan percaya. Oh lupa, gua siap tutup mata ok, Hahaha




Nak ambil gambar pun sangat susah sebenarnya sebab orang ramai. Cuaca pun, tak payah cakaplah. panas dia boleh jemur t-shirt. Dalam 20 minit kering lah... kot ;') Diingatkan, kalau anda takboleh bersabar punya orang, jangan pergi benda ni sebab nak naik satu permainan tu, adalah dalam 30 minit nak tunggu kalau orang ramai. lalalala. Paling Mira suka, lego lego dia!


peta ni tak lepas dari tangan Mira masa kat sana.



Great Wall,China

Angkor Wat, Cambodia
Sangat enjoy haritu walaupun ada hujan lebat sekejap. But, its okay. datang dari Melaka, takkan hujan terus nak balik kan? Jadi, apa lagi.. saya pun teruskan bermain. Korang patut pergi sebab sangat sangat best. Lupa nak cakap 2013 nanti akan ada theme park pulak dekat sana dan diikuti dengan hotel pada 2014 :D

Harga-harga kedai dalam Legoland ni boleh tahan... mahal sebab fokus dia dekat dengan Singapore kan. Twisties yang tiga posen kat sini, kat sana singgit. Ape macam? hohoho! Korang patut pergi and try semuanya dekat sana. Take the experience. Okaylah. 30 min dah lepas dan Mira nak sambung blogwalking, Bye, Assalamualaikum!

blogger yang ada tag Mira dekat entry segmen or giveaway, tinggalkan lah link entry korang dekat cbox Mira sebab Mira ada pargi satu blog. And terbaca entry dia yang ada tag Mira untuk join giveaway. And pelik, kenapa Mira tak tau. Mira pergi blog dia sebab nak bw je. Mean dia tak jujur. Kan syarat giveaway "tag some people and make sure diaorang tahu yang diaorang di-tag" Harap korang faham. Terima Kasih :)

Teringin nak pergi sini. Taj Mahal :3




 
Terima Kasih Allah | Template Edited by Mira Mashimaaru