KENANGAN MANIS DI-HACKED OLEH MR P.T






hai semua .okay .korang tertunggu-tunggu tak entry  mira ni ?? 
hee .sorry terbanyak perasan sekarang .btw, tadi kan ..mira tengok Ombak Rindu ..hee :) pendapat korang tentang filem tuhh ? okay mira nak bagi 4-1/2 bintang .hehe/.korang pulak ? bagi pendapat masing-masing ya kat komen nanti .perasan tak laguu kat blog lagu apee ? hihi OMBAK RINDUU!!

okat ingat tak mase mira buat entry INI hari tu .mira ade meluahkan rase lega ..sebab ape ?? ni nak cite ni .bace betol-betol taw .hehe

dimaklumkan bahawa pada tarikh 28/12/2011 sekitar jam 4-8 am .. mira telah di hacked oleh DIA ni haa .agak-agak korang ,ape perasaan mira mase tu ??

kalau korang betul sangat lah nak tahu ..memang rase sangat-sangat down .. dah tak tahu nak pikir ape .. rase macam otak ni dah kosong .errkk .hiperbola sangat lah pulekk .hihi
sape tak down ? sape tak risau ?sape tak ..err macam -macam lagi bila blog dia kena hacked ? tell me now ! haa .kan dah kuar bahase omputehh eden ..

time tu mira cuma fikir macam mane nak dapatkan balik je blog ni . sape yang tak sayang blog sendiri ? 10 bulan mira jage blog ni okok!

memang mira google habis-habisan mase tuhh.nak cari entry-entry para blogger yang pernah kena hacked .macam-macam lah .ade yang dapat balik ..yang tak pun ade ..sadis tak sadis ?? haha

banyak blogger-blogger yang dalam chat online mira tu semua mira tanye .. pasal nak dapatkan balik blog ni .
ade yang suruh sabar .. ade yang suruh edit semua balik lah ..huh ..time tu ..panas je telinga .ade ke patut blog mira baru kena hacked ..dia suruh mira sabar ? ish ,takpatut betol! hehe
memang cemas ..siap mintak tolong sangat dengan hacker tu ..pulangkan templete mira semua .hihi .tak caye .jom klik gambar bawah ni 






mase dapat tahu kena hacked tu ..rase nak cekik-cekik je hacker tu .. kalau korang ?? haa .mesti dah menyumpah dalam hati kan ??
tapi ,mira rase ade jugak kebaikan kena hacked denga DIA ni .. haha . sekarang eden dah ade pengalaman di hacked .a very good experience that i ever had actually . berlakunya parkara macam ni seolah lebih mematangkan mira .mematangkan okay ?? hehe .at least ,sekarang mira lebih berhati-hati sebab mase kena hacked tu .memang mira dah tahu security blog mira memang sangat lah weak .password pon senang sangat .yea . know it already MR HACKER .hehe 

mira rase hacker ni lebih 'baik' daripada hacker-hacker yang lain .sebab ?? sebab hacker ni ..walau macam mane pun dia hacked .. dia akan pulangkan balik templete kita . hacker yang lain juarang buat macam tu .ish .,jahat betoll . tapi terpulanglah .. ade tuu .. lame dia tunggu untuk dapat blog dia balik .. nak tahu kenapa? bukan nak cakap macam pandai sangat lah ..tapi ,blogger mesti ,harus menghormati blogger-blogger yang lain .. ni tak ..

sikit-sikit nak menyumpah hacker ..mane lah nak lembut hati hacker tu .. wakaka .
so ,mira nak bagi tips sikit ni ..

apa yang korang kena buat selepas korang di hacked ?/

1. bersabar banyak-banyak 
2. relax and calm down ..jangan jadi macam mira ye.. hehe
3. slow talk with the hacker .
4. berdoa banyak-banyak moga lembut hati hacker tu nak pulangkan balik templete asal korang .
5. dalam mase yang same cuba tanye blogger-blogger yang ade pengalaman kena hacked .maybe diaorang boleh calm down kan korang yang tengah gila-gila down kan ?

and insyaAllah ..blog korang will okay .
so , tu je lah nak cite kat korang .ingat pesan-pesan mira .paling penting .banyakkan bersabar ,mungkin hacker cuma nak test korang jee .one more thing ! jangan menyumpah-nyumpah ya ?/


basuh kaki sebelum tidur and jangan lupa bace ayat kursi jugak .insyaAllah malaikat2 akan mendampingi @ menjaga korang semua sepanjang malam :)
babai .gud nite and assalamualaikum

psst .thanks sangat-sangat kepada semua blogger yang bantu mira mase tuu .sayang korang :)








APE GUNA PAKAI TUDUNG ?KALAU ....

Greeting Text




selamat malam semua :) korang tentu tertanya-tanya pasal pemenang giveaway tu kan ? masih lagi tengah memilih .. sabar2 dulu ya :)
okay ..malam ni punya entry bukan nak menyindir atau mengutuk taw .ini semua mira cakap sebab pengalaman ..mira share ape pengalaman mira dekat korang ..so kita sama-sama berlajar kann ? ini bukan untuk mengingatkan korang sahaja ..tapi mira jugak ..kita takboleh ambil ringan perkara yang berat taw !

okay .. firstly ,korang kena tahu ..apa itu tudung ? hehe ada sape2 yang tak tahu ? okay !tengok bawah sekarang!


lebih kurang lahtu ..haha .. okay ..apa yang membuatkan korang nak pakai tudung ..mean macam sebab korang pakai tudung ?

okay .part ni semua ada reason maisng2 ..
yang positive ada ..yang negative pon ada ..
okay .tu masing-masing simpan :)

tapi ..persoalan nya sekarang ..
ape guna kaum-kaum hawa ni pakai tudung ..kalau


  • seorang hawa itu tidak pernah mahu menjaga batasan pergaulannya . 

maksud mira di sini .. bersentuhan tanpa mengira pahala atau pun dosa  :) ni take note ..pada pengalaman mira ,selalu nampak benda ni berlaku ..



  • pakai baju punn takbetul .maksud mira ..pakai seluar jeans atau seluar ketat .. sampai nampak bendu badan/kaki dia .





  • pakai tudung tapi ..tidak sempurna ..okay maksud mira ada nampak jambul bahagian depan ..contoh ?





  • pakai tudung sanggul tinggi //popular//




  • tudung pin ketat di leher

ni masing-masing faham kan ?

  • perangai macam hantu

okay ni banyak jenis ..termasuk lah kurang ajar dengan kedua-dua orang tua kita/ sombong/ berlagak@riak ..mintak sangat dijauhi semua tu :)


  • mewarna-warni kan kuku

first at all, mira nak tanye korang ?cantik ke kuku bewarna warni ni ?
bagi mira ..lagi natural ,lagi cantik .


okay ..sebelum tu ..renung -renungkan jugak entry ni .bukan renung je,baca sekali taw !hehe



ingat semua ..
selangkah si anak keluar dari rumah tanpa menutup aurat atau pun tidak sempurna, maka ..selangkah juga lah ayahnya hampir ke neraka .

korang tak sayang ibu bapa korang ke ?
kita sama-sama belajar ..sama-sama berubah lebih ke arah kebaikan :)


assalamualaikum

PATUT BACA ! RENUNG-RENUNGKAN BERSAMA !

Greeting Text

okay ,tadi tengah bw ..tetiba terjumpa satu blog ni .. entry yang sangat menarik .. actually menarik perhatian mira .kalau korang ? tak tahu okay ? hehe
so decide nak copy dan mira dah mintak lesen wakil pon ok ?
jangan marah .hehe
kita baca betul-betul ..dan selamai betul-betul setiap ayat ,patah perkataan tersebut ya .
kita sama-sama belajar :)

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
- Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
- Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
- Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
- Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
- Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
- Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
- Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
- Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
- Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
- Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
- Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
- Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
- Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


dah baca?  sekarang ada benda yang tak puas hati nak komen ?? boleh je ! komen ramai-ramai okay ..
tukar-tukar pendapat :)
btw :thanks pemilik entry :) tak rugi kita share ilmu dunia akhirat ni sama-sama ye dak ?

assalamualaikum : D
 
Terima Kasih Allah | Template Edited by Mira Mashimaaru